Pd aq la, dlm m'buat persiapan perkahwinan ni, ad 4 part yang penting..
1. Persiapan dokumentasi.
2. Persiapan untuk Majlis Ijab dan qabul.
3. Persiapan untuk majlis mlm berinai.
4. Persiapan untuk "Big Day" sanding la owg melayu kata.
5. Persiapan majlis bertandang. (Majlis sebelah lelaki, sambut menantu)
Meh aq terangkan kat sumer erk...
mula2 aku terangkan analisa aq mengenai persiapan utk dokumentasi.
Sebelum nak melangkah ker hari Ijab & Qabul, korang nak kene satelkan dulu dokumentasi..aq namakan ia dokumentasi awal. Aq gan pasangan punya agk komplekated la, sbb kami bkn asal wilayah persekutuan.
"Persiapan pihak lelaki"
Dokumen yang pihak lelaki perlu satelkan ialah:
1. Borang 1 atau borang nikah di isi dlm 2 salinan.
2. i.c potocopy
3. Sijil kusus pra-perkahwinan yang Asal & yang salinan.
4. G buat HIV test untuk dapatkan pengesahan HIV.
5. Surat akuan bujang yg disahkan oleh majikan.
6. Ketua rumah dikehendaki buat surat akuan yg menyatakan bakal pengantin tinggal bersama dari bila sampai bila.(nk membuktikan kita menetap di k.l sbb aq gan pasangankan asal Kelantan.)
7. Isi borang pengesahan mastautin.
8. (bawak semua dokument 1-7 yg seperti diatas tadi jumpa imam mukim, atau dikenali imam kariah. bagi pasangan yang bermaustatin kat K.L ni imam akan copkan borang pengesahan mastautin. pada masa yang sama, imam akan turunkan cop pengesahan kat borang nikah kita tu.
9. Imam Kariah lelaki akan minta pihak pengantin lelaki untuk dptkan cop Jabatan Agama Islam karian masing.
10. selesai cop Jabatan Agama Islam karian, Hantarkan pada pihak perempuan utk pihak perempuan bawa bersama untuk dikepilkan bersama dokumen2 pihak perempuan pula.
"persiapan pihak perempuan"
Untuk bakal pengantin perempuan dia banyak dokumentasi kit.
1. Borang nikah diisi dlm 2 copy,
2. i.c fotostat,
3. i.c wali fotostat, (aq ganti gan adeq aq sbb bapa dah tak ad)
4. Surat akuan sumpah ibu bapa (mcm aq, mak gan arwah bapa aq kan dah lama mereka cerai, so surat cerai tu dah ilang, so meke perlu buatkan akuan sumpah. dlm surat akuan sumpah tu yang penting kene ad, bila tarikh nikah, bila tarikh cerai, sahkan kita ni anak kandung hasil perkahwinan meke).
5. surat mati wali asal (mcm bapa aq kan dah meninggal kan, so wali di gantikan gan adeq aq, so kita kene lampirkan Surat Mati arwah bapa).
6. Sijil Kusus Pra-perkahwinan (Asal & Salinan)
7. G buat HIV test untuk dapatkan pengesahan HIV.
8. Surat kebenaran nikah di surau berdekatan rumah (mcm aq, aq plan nk akad nikah di surau rukun tetangga jer, sbb mslah kenderaan di pihak aq, so, aq kene dapatkan la pengesahan kebenaran dulu).
9. Bil Api & Bil Air & surat akuan dari ibu aq yg menyatakan aq tinggal bersama dgn nya sudah berapa lama, dari bila ke bila sampai tiba. (sbbnya aq ni asal kelantan, imam perlukan bil2 & Surat tersebut sebagai bukti yang kita ni dah menetap kat sini agak lama la.)
10. Surat pengesahan mastautin. (Akn dikuarkan oleh imam kariah selepas dia semak dokumen 1-9 lengkap, pd masa yg sama, imam kariah akn turunkan cop pengesahan pd borang nikah kita.)
11. step terakhir kita kene hantar borang tu ker JAWI at least 1 week before date akad nikah. (lagi cepat lagi bagus, tak payah la kt nk pening2 last minute)
Satel bahagian dokumentasi awal.
Skan aq share lak gan korang persiapan yang aq dh buat untuk masa Majlis Ijab & Qabul.
"Persiapan Pihak Lelaki'
1. Dokumentasi akhir (iaitu salinan i.c gan i.c original, penting ni tau, msa kita diakad nikahkan bagi owg pgg sumer item ni, Mintak mak or bapa pggkan. )
2. Persiapan duit yg wajib (Upah kadi, upah saksi x 2) (bagi mak or bapa pgg lagi senang)
3. Busana nikah (Baju melayu putih, samping pth silver, songkok hitam, kasut hitam)
4. Alas nikah. (Nak bg keistimewaan pd pengantin, tadak pon tadak mslh sebenarnya)
5. Barang hantaran. (llki sediakan 7 dulang hantaran untuk aq nanti, dulang pertama:Gelang batal Air smayang+ wang mas kahwin RM.... + cek wang hantaran RM.....,dulang ke-2, baju jubah, dulang ke-3, Baju kurung, dulang ke-4 kek, dulang ke-5 buah-buahan, dulang ke-6 coklat dan dulang terakhir Telekung & sejadah. nothing special pon mengenai hntaran aq.
6. Dia kene upah owg yg gubah & sewa 7 biji dulang beserta alas).
7. Persiapan duit (RM ..;.. upah kadi/jurunikah, RM....:.. wang hantaran (dlm btk cek), RM...:.. wang mas kahwin, RM..:. upah 2 org saksi)
siap yang lelaki, skan ni yang,
"Persiapan Pihak Perempuan"
1. Dokumentasi akhir (salinan i.c gan i.c original)
2. Mekap (perempuan kan, biasa la nk cantik2, nk jadi ratu la katakan. aq pon tak sabar nk tgk muka aq pas di mekapkan oleh Kc'Nini from Mytouch mekap artis)
3. Lense (Aq rabun, nnti tak kan aq nak pakai spekkan, tak nice nnti, dh mkap lawo2, jadi minah speccy plak.. tak syok la. )
4. Busana (Dress putih (pjm cezen punya, Tudung putih (beli yg murah jer), veil putih(koleksi sendiri), kasut putih (sewa kat butik), bunga tgn (gubah sendiri), aksesori (sewa gan mak andam jer),
5. Alas nikah. (F.O.C from my mekap artis)
6. Barang hantaran untuk pengantin lelaki. (Aq balas balik hantaran utk phk llki gan 9 dulang, Dulang pertama:cincin kahwin, dulang ke-2:sejadah, dulang ke-3:Jeans levi's, Dulang ke-4: kameja levi's, dulang ke-5:T-shirt levi's dulang ke-6:Quran & Tafsir, dulang ke-7:Kek, dulang ke-8:buah dan dulang terakhir:coklat {kene upah owg gubah hantaran & sewa 9 dulang beserta lapik})
7. Kameraman (Kami share jer, pihak llki, phk pmpuan 1 fotografer)
8. Katering. (menu simple2 jer, then ttmu masa utk akad nikah ade lam 50 owg jer.
Satel bahagian "Persiapan Majlis Ijab & Qabul" now is...
"Persiapan untuk majlis malam berinai"
Pihak lelaki tak banyak sgt.. sebenarnya mlm berinai ni mlm utk pengntin perempuan (owg kata la, aq pon tak sure).. llki tadk pon tape. tapi aq ad kan jugak utk llki:
Aq sekalikan la persiapan untuk lelaki gan perempuan. sbb tak byk pon..
1. Mekap (perempuan jer)
2. Busana persalinan 5 psg jer (Muslim dress suit L/P (tpi aq tak b'tdg), Persalinan melayu (kebaya jer) p shj, persalinan cina P shj, Persalinan india P shj, persalinan english L/P).
3. aksesori lengkap (set lengkap setiap baju)
4. Hiasan bilik tidur. (Yg simple pon RM 350.00)
5. Pelamin & Kanopi (mintak pihak wedding planner pasangkan awal)
6. Katering. (utk 100 ttmu, menu pon simple)
7. kameraman.(sharing is caring jugak)
8. Doorgift tok ttmu yg renjis2 pengantin mlm berinai (aq standby 50pcs jer)
9. Persiapan peralatan makanan, (sbb kita ambek owg kg msk jer. so, peralatan mkn kene prepare sendiri la. so sy siapkan ppr plate, ppr cup, tisu, plastc sampah + tong sampah, tmpah basuh tgn & tong air)
10. bhn2 tepung tawar (beras kunyit, air perfume & Bunga Rampai)
Itu sahajalah persiapan aq buat untuk mlm berinai aq nanti. and now is arrangement for my "Big Day". Utk Big Day ni banyk kit kita kene uruskan.. Aq sertakan sekalikan persiapan lelaki gan perempuan k?
1. Wedding card. (300 pcs jer, tak ramai jemputan pon)
2. Sewa dewan serbaguna DBKL (tok aq simpan brg2 keperluan mcm doorgift per sume la)
3. Surat/notis kosongkan tapak letak kereta (perlu di tampal at least 2 days before, sbb nk pasang khemah kan)
4. Hiasan bilik pengantin.
5. Mekap (more to ppn la, lau laki tepek skit2 jer)
6. Busana & Aksesori, pyg, bnga tgn (Theme htm silver)
7. Pengapit (L&P)
8. Baju pengapit (Lki & ppn akn pkai baju warne grey, supaya pengantin tak tenggelam).
9. Pelamin lengkap + aksesori (lpk kaki, lpk tgn, kps tgn, red carpet, pintu gerbg, bunga pahar& Tempat renjis)
10. Bunga Telur 100 pcs (ltk kat pelamin, tok bagi ttmu yg tpg tawar pengantin)
11. Gambar & Upah Jurugambar (sharing is caring)
12. Kanopi 4 unit (Ttmu, Pelamin & mkn peradab)
13. Set mkn beradab
14. Makanan tetamu
15. Upah kumpulan konpang
16. PA system & DJ
17. Skrip tok DJ
18. Doorgift ttmu (ttmu VIP, ttmu VVIp & dak2)
19. Bakul doorgift (nk bgi2 doorgift tok ttmu msti la kene cun2 kitkan, kene ad bakul)
20. Meje Hadiah (standby jer, owg bgi hadiah ker tak kita tak tahu ma, lau owg bgi alhamdulillah)
21. Meje kek (Tmpt potong kek ni akn di hias olh pihak keterer, meje kene sendiri la)
22. Kek perkahwinan (kek aq 3 tingkat jer)
23. Penanggah a.k.a bentara (ahli kuarge & sahabat handai terdekat jer
24. Baju penanggah (sumer sanak sedara yg rapat gan aq akn kai baju wane grey, htm or pth)
25. Bunga baju bentara (ikot thema ler)
26. Petunjuk jalan + Bga manggar kcik (petunjuk jln tkot sst lak ttmu nnti)
27. Bunga Manggar besar
28. Banner
Itu sahaja la agaknya kan untuk "big day"? ermmm... bukan senang tau..Tapi skan ni aq dah blh menarik nafas lege dah kit sumer dah siap dah.. tunggu habis event bayar jer.kikiki.. saja nak share gan korang..
No comments:
Post a Comment