Powered By Blogger

Monday, 20 June 2011

Make over on My Big Day


Before Make Up


Make Up Nikah



Make Up Sanding 

Amat2 berterima kasih pada MyTouch:Hezilyza Hassan kerana telah make up saya.. saya amat berpuas hati dengan hasil kerja anda. tq sgt2. Alhamdulillah walaupon saya tak cukup duit ke SPA, Allah telah meyerikan wajah saya dihari bahagia ini dengan hasil tgn Hezilyza Hassan.

Wednesday, 6 April 2011

Pipiku Membengkak

       jumaat lepas (01/04/2011) selalu aq akn bgn awal, solat Subuh lu, pastu aq siap2 nk g keje, tbe2 pagi tu aq rasa Pipi aq nk bengkak.. aq fkrkan alahan biasa la. sikit jela bengkak masa tu. aq solat n gi keje mcm biasa la. Masa kat tepat keje, dah makin ptg, pipi aq ni mkin bengkak asenye, aq biarkan dia pai 3 hari, 3 hari aq tgung skit.. perit gila. aq ingatkan beguk la. pakai la nila gan cuka la bagai, tapi tak hilang gak.

      Ahad mlm (03/04/2011) aq gi klinik, doktor ckp bkn beguk, kemungkinan dia mcm radang gusi. dia suggest aq g umpe doktor gigi, takot teruk lagi, Then pas gi klinik kami g mkn, kt kedai mkn tu plak owner kedai ckp aq mcm resdung plak, sbb resdung lau kita tak rasa skit, tibe2 gusi jadi bengkak dia mcm alahan la. Tunangku cpt2 la crikan ustaz yg ley ubatkan.

     Kami g la umh ustaz lak, bgus tul ustaz tu, pas dia bagi minum penawar gan urut2 nampak la dia surut kit. 3 hari aq minum penawar dia, alhamdulillah dah nk surut semua dah. Hari ni pon rasa surut byk dh, tunggu dia surut semua. nk upload dia pnya pic, tapi phone aq ilang cabel dia lak.. nnti ade cable aq upload korang tgk la mcm mana besarnya bengkak pipiku itu.

     Tunangku gelak tgk pipiku yg besar tu.. dia ckp mcm pakai botok yg dah expired.. haha.

Tuesday, 22 March 2011

Migrain????

tanda2 migrain...
1. sakit pada sebelah kepala sahaja.
2. Mual/muntah.
3. kebas kaki tangan.
4. penglihatan kabur.

Faktor2...
1. keturunan.
2. Hormon masa nk datang haid atau semasa kedatangan haid.
3. Kecederaan lama.(Kecederaan yg berlaku pd saraf samaada tengkuk atau kepala yg menggangu perjalanan darah).
4. Minuman Kaffein.
5. Makanan sejuk.
6. Tidor tidak cukup..

Penyakit ini hanya boleh bergantung gan ubat tahan sakit sahaja untuk hilangkan kesakitan..

Friday, 4 March 2011

"AmAlAN PetuA TrAdiSioNAl"

      Smalam aq search lam tenet sal petua-2 owg lama2 ni.. Aq searh petua untuk serikan wajah..
petua nak merahkan balik bibir yang hitam gan petua untuk nak cerahkan kulit badan..

Petua pertama aq try dulu, mcm mana nak merahkan kembali bibir yang hitam..caranya sapukan madu di bibir.. try sekerap yg mungkin. aq dh cuba da.. tgh tgu nk tgk kesanya nanti.. tgk lam 1 bulan..kita amalkan bukan terus jadi kan? Tunggu result nya nanti.. Tunnguuuu...
 
      Balik lam nanti nak nk try petua untuk gebukan kulit plak.. Cara dia gunakan hampas kelapa, guna mcm skrub.. Nak try n nk tgk hasil dia... bape lamer take time tok dapat kesan..

Sunday, 27 February 2011

"Kongsi pengalaman Persiapan Perkahwinan"

Pd aq la, dlm m'buat persiapan perkahwinan ni, ad 4 part yang penting..
1. Persiapan dokumentasi.
2. Persiapan untuk Majlis Ijab dan qabul.
3. Persiapan untuk majlis mlm berinai.
4. Persiapan untuk "Big Day" sanding la owg melayu kata.
5. Persiapan majlis bertandang. (Majlis sebelah lelaki, sambut menantu)

Meh aq terangkan kat sumer erk...
mula2 aku terangkan analisa aq mengenai persiapan utk dokumentasi.
Sebelum nak melangkah ker hari Ijab & Qabul, korang nak kene satelkan dulu dokumentasi..aq namakan ia dokumentasi awal. Aq gan pasangan punya agk komplekated la, sbb kami bkn asal wilayah persekutuan.

"Persiapan pihak lelaki"
Dokumen yang pihak lelaki perlu satelkan ialah:
1. Borang 1 atau borang nikah di isi dlm 2 salinan.
2. i.c potocopy
3. Sijil kusus pra-perkahwinan yang Asal & yang salinan.
4. G buat HIV test untuk dapatkan pengesahan HIV.
5. Surat akuan bujang yg disahkan oleh majikan.
6. Ketua rumah dikehendaki buat surat akuan yg menyatakan bakal pengantin tinggal bersama dari bila sampai bila.(nk membuktikan kita menetap di k.l sbb aq gan pasangankan asal Kelantan.)
7. Isi borang pengesahan mastautin.
8. (bawak semua dokument 1-7 yg seperti diatas tadi jumpa imam mukim, atau dikenali imam kariah. bagi pasangan yang bermaustatin kat K.L ni imam akan copkan borang pengesahan mastautin. pada masa yang sama, imam akan turunkan cop pengesahan kat borang nikah kita tu.
9. Imam Kariah lelaki akan minta pihak pengantin lelaki untuk dptkan cop Jabatan Agama Islam karian masing.
10. selesai cop Jabatan Agama Islam karian, Hantarkan pada pihak perempuan utk pihak perempuan bawa bersama untuk dikepilkan bersama dokumen2 pihak perempuan pula.

"persiapan pihak perempuan"
Untuk bakal pengantin perempuan dia banyak dokumentasi kit.
1. Borang nikah diisi dlm 2 copy,
2.  i.c fotostat,
3.  i.c wali fotostat, (aq ganti gan adeq aq sbb bapa dah tak ad)
4. Surat akuan sumpah ibu bapa (mcm aq, mak gan arwah bapa aq kan dah lama mereka cerai, so surat cerai tu dah ilang, so meke perlu buatkan akuan sumpah. dlm surat akuan sumpah tu yang penting kene ad, bila tarikh nikah, bila tarikh cerai, sahkan kita ni anak kandung hasil perkahwinan meke).
5. surat mati wali asal (mcm bapa aq kan dah meninggal kan, so wali di gantikan gan adeq aq, so kita kene lampirkan Surat Mati arwah bapa).
6. Sijil Kusus Pra-perkahwinan (Asal & Salinan)
7. G buat HIV test untuk dapatkan pengesahan HIV.
8. Surat kebenaran nikah di surau berdekatan rumah (mcm aq, aq plan nk akad nikah di surau rukun tetangga jer, sbb mslah kenderaan di pihak aq, so, aq kene dapatkan la pengesahan kebenaran dulu).
9. Bil Api & Bil Air & surat akuan dari ibu aq yg menyatakan aq tinggal bersama dgn nya sudah berapa lama, dari bila ke bila sampai tiba. (sbbnya aq ni asal kelantan, imam perlukan bil2 & Surat tersebut sebagai bukti yang kita ni dah menetap kat sini agak lama la.)
10. Surat pengesahan mastautin. (Akn dikuarkan oleh imam kariah selepas dia semak dokumen 1-9 lengkap, pd masa yg sama, imam kariah akn turunkan cop pengesahan pd borang nikah kita.)
11. step terakhir kita kene hantar borang tu ker JAWI at least 1 week before date akad nikah. (lagi cepat lagi bagus, tak payah la kt nk pening2 last minute)

Satel bahagian dokumentasi awal.
Skan aq share lak gan korang persiapan yang aq dh buat untuk masa Majlis Ijab & Qabul.

"Persiapan Pihak Lelaki'
1. Dokumentasi akhir (iaitu salinan i.c gan i.c original, penting ni tau, msa kita diakad nikahkan bagi owg pgg sumer item ni, Mintak mak or bapa pggkan. )
2. Persiapan duit yg wajib (Upah kadi, upah saksi x 2) (bagi mak or bapa pgg lagi senang)
3. Busana nikah (Baju melayu putih, samping pth silver, songkok hitam, kasut hitam)
4. Alas nikah. (Nak bg keistimewaan pd pengantin, tadak pon tadak mslh sebenarnya)
5. Barang hantaran. (llki sediakan 7 dulang hantaran untuk aq nanti, dulang pertama:Gelang batal Air smayang+ wang mas kahwin RM.... + cek wang hantaran RM.....,dulang ke-2, baju jubah, dulang ke-3, Baju kurung, dulang ke-4 kek, dulang ke-5 buah-buahan, dulang ke-6 coklat dan dulang terakhir Telekung & sejadah. nothing special pon mengenai hntaran aq.
6. Dia kene upah owg yg gubah & sewa 7 biji dulang beserta alas).
7. Persiapan duit (RM ..;.. upah kadi/jurunikah, RM....:.. wang hantaran (dlm btk cek), RM...:.. wang mas kahwin, RM..:. upah 2 org saksi)

siap yang lelaki, skan ni yang,

"Persiapan Pihak Perempuan"
1. Dokumentasi akhir (salinan i.c gan i.c original)
2. Mekap (perempuan kan, biasa la nk cantik2, nk jadi ratu la katakan. aq pon tak sabar nk tgk muka aq pas di mekapkan oleh Kc'Nini from Mytouch mekap artis)
3. Lense (Aq rabun, nnti tak kan aq nak pakai spekkan, tak nice nnti, dh mkap lawo2, jadi minah speccy plak.. tak syok la. )
4. Busana (Dress putih (pjm cezen punya, Tudung putih (beli yg murah jer), veil putih(koleksi sendiri), kasut putih (sewa kat butik), bunga tgn (gubah sendiri), aksesori (sewa gan mak andam jer),
5. Alas nikah. (F.O.C from my mekap artis)
6. Barang hantaran untuk pengantin lelaki. (Aq balas balik hantaran utk phk llki gan 9 dulang, Dulang pertama:cincin kahwin, dulang ke-2:sejadah, dulang ke-3:Jeans levi's, Dulang ke-4: kameja levi's, dulang ke-5:T-shirt levi's dulang ke-6:Quran & Tafsir, dulang ke-7:Kek, dulang ke-8:buah dan dulang terakhir:coklat {kene upah owg gubah hantaran & sewa 9 dulang beserta lapik})
7. Kameraman (Kami share jer, pihak llki, phk pmpuan 1 fotografer)
8. Katering. (menu simple2 jer, then ttmu masa utk akad nikah ade lam 50 owg jer.

Satel bahagian "Persiapan Majlis Ijab & Qabul" now is...

"Persiapan untuk majlis malam berinai"
Pihak lelaki tak banyak sgt.. sebenarnya mlm berinai ni mlm utk pengntin perempuan (owg kata la, aq pon tak sure).. llki tadk pon tape. tapi aq ad kan jugak utk llki:
Aq sekalikan la persiapan untuk lelaki gan perempuan. sbb tak byk pon..
1. Mekap (perempuan jer)
2. Busana persalinan 5 psg jer (Muslim dress suit L/P (tpi aq tak b'tdg), Persalinan melayu (kebaya jer) p shj, persalinan cina P shj, Persalinan india P shj, persalinan english L/P).
3. aksesori lengkap (set lengkap setiap baju)
4. Hiasan bilik tidur. (Yg simple pon RM 350.00)
5. Pelamin & Kanopi (mintak pihak wedding planner pasangkan awal)
6. Katering. (utk 100 ttmu, menu pon simple)
7. kameraman.(sharing is caring jugak)
8. Doorgift tok ttmu yg renjis2 pengantin mlm berinai (aq standby 50pcs jer)
9. Persiapan peralatan makanan, (sbb kita ambek owg kg msk jer. so, peralatan mkn kene prepare sendiri la. so sy siapkan ppr plate, ppr cup, tisu, plastc sampah + tong sampah, tmpah basuh tgn & tong air)
10. bhn2 tepung tawar (beras kunyit, air perfume & Bunga Rampai)

Itu sahajalah persiapan aq buat untuk mlm berinai aq nanti. and now is arrangement for my "Big Day". Utk Big Day ni banyk kit kita kene uruskan.. Aq sertakan sekalikan persiapan lelaki gan perempuan k?

1. Wedding card. (300 pcs jer, tak ramai jemputan pon)
2. Sewa dewan serbaguna DBKL (tok aq simpan brg2 keperluan mcm doorgift per sume la)
3. Surat/notis kosongkan tapak letak kereta (perlu di tampal at least 2 days before, sbb nk pasang khemah kan)
4. Hiasan bilik pengantin.
5. Mekap (more to ppn la, lau laki tepek skit2 jer)
6. Busana & Aksesori, pyg, bnga tgn (Theme htm silver)
7. Pengapit (L&P)
8. Baju pengapit (Lki & ppn akn pkai baju warne grey, supaya pengantin tak tenggelam).
9. Pelamin lengkap + aksesori (lpk kaki, lpk tgn, kps tgn, red carpet, pintu gerbg, bunga pahar& Tempat renjis)
10. Bunga Telur 100 pcs (ltk kat pelamin, tok bagi ttmu yg tpg tawar pengantin)
11. Gambar & Upah Jurugambar (sharing is caring)
12. Kanopi 4 unit (Ttmu, Pelamin & mkn peradab)
13. Set mkn beradab
14. Makanan tetamu
15. Upah kumpulan konpang
16. PA system & DJ
17. Skrip tok DJ
18. Doorgift ttmu (ttmu VIP, ttmu VVIp & dak2)
19. Bakul doorgift (nk bgi2 doorgift tok ttmu msti la kene cun2 kitkan, kene ad bakul)
20. Meje Hadiah (standby jer, owg bgi hadiah ker tak kita tak tahu ma, lau owg bgi alhamdulillah)
21. Meje kek (Tmpt potong kek ni akn di hias olh pihak keterer, meje kene sendiri la)
22. Kek perkahwinan (kek aq 3 tingkat jer)
23. Penanggah a.k.a bentara (ahli kuarge & sahabat handai terdekat jer
24. Baju penanggah (sumer sanak sedara yg rapat gan aq akn kai baju wane grey, htm or pth)
25. Bunga baju bentara (ikot thema ler)
26. Petunjuk jalan + Bga manggar kcik (petunjuk jln tkot sst lak ttmu nnti)
27. Bunga Manggar besar
28. Banner
Itu sahaja la agaknya kan untuk "big day"? ermmm... bukan senang tau..Tapi skan ni aq dah blh menarik nafas lege dah  kit sumer dah siap dah.. tunggu habis event bayar jer.kikiki.. saja nak share gan korang..

"Cabaran & dugaan owg nk kawen"

Dalam menuju ke alam berumah tangga,Banyak persiapan yang perlu dilakukan.Dalam membuat persiapan, banyak dugaan & cabaranya juga yang terpaksa aq tempuhi.Skan ni aq nak share gan korang sume yg mana mengenali aq. kalau korang sume nak tau, pada awalnya aq plan nak melangsungkan perkahwinan pada 2 Syawal 1432 Masihi.Raya 2011 la.. hehe.. Tapi pihak lelaki menyatakan hasrat mereka nak melangsungkan pada musim cuti sekolah,,Aq setuju jer la.. sbb aq pon dah tak sabar sebenarnya.. hahak.
   Pada awal perangcangan majlis perkahwinan aq, pihak lelaki nak buat ala kadar jer. nak buat betul2 ikot sunnah Nabi kta Muhamad S.A.W. Meke kata cukup sekadar akad nikah & jamuan makan.. Bkal suami aq pon ikot aper yang dicadangkan family dia.. Aq mmg dah mls nak ckp byk, aq akur jer la gan keputusan pihak lelaki. Aq xmmpu nak membangkang.. aku tak daya.. Walaupon pada hakikatnya aku ni nak sgt merasa naik pelamin, makan beradab sumer tu.. hehe.. aku terpaksa pendam. sedey sebenarnya. Aq pasrah jer.  Walaupon demikian aku tak lupa pada yang maha Esa, aku menadah tgn memohon kepada Ilahi "Ya allah, aq hambamu yang bernafsu, smmgnya aq juga teringin nak merasa naik pelamin & menngadakan majlis yang sedikit sederhana, Jika Engkau yang Maha mengetahi & Maha Memahamim Aq memohon padamu Ya Allah, Engkau bukakanlah pintu hati bakal suamiku agar dia memahami ape yang aku impikan & aku inginkan"Aq tak ptus2 memohon pada Yang Berkuasa. Krn, bagi aq inilah perkahwinan pertamaku dan aku harapkan ia merupakan perkahwinan yang terakhirku. Jadi sebagai insan yang bernafsu, aq ad nafsu untuk merasa seperti pengantin2 lain rasakan..
   Alhamdulillah, berkat doa ikhlasku yng tak putus2 pd Yang Maha berkuasa, Dia telah memakbulkan doaku ini.. Sini aq nak share gan kengkawan aq sume mcm mna cara Allah bagi petunjuk kepada bakal suamiku.. Come2, nak share.. Pd 26/12/2010 (Ahad) tibe2 masa tu dia dapat cuti, aq ajak dia g wedding Kawanku (Kak Nurul & Abg Zahari). Masa tu kitaowg stay kat tempat wedding tu agak lama la.. Sempat menyaksikan mempelai berarak naik pelamin & sanding. Dlm kete, masa balik umah, aq ckp2 gan hubby aq, aq mcm luahkan kat dia, "Andaila kita pon dpt naik pelamin sama mcm tu, alanngkah bahagianya" Dia nak memberi sebarang respon pon. Aq diam jer la.. mls nak ckp banyak.
   Tibe2, pd mlm hari yang sama, aq terima pangilan dari tunangku, sembang punya sembang, 1 perkataan yang amat menyanyat hatiku terkeluar dari mulut tunangku. "Bby, B rasa B pon nak naik pelamin jugak la.sonok tengok owg nail pelamin" tatkala itu, aq terkelu.. dlm tak sedar  air mata mengalir di pipiku.. Aq ulangi pertanyaan yang sama pada tunangku berkali2.. Jawapanya ttp sama. Aq mmnajat sejuta kesyukuran pada yang Maha Esa kerana telah bukakkan pintu hati tunangku. Alhamdulillah.. Start pada mlm tu, gan hati yang riang, aq mula mercari perangcang perkahwinan.. sumer di serahkan kepadaku.. aq tak kesah pon..Aq suke kan.. Pai la hari ini, 28/02/2011 ley dikatakan all persipan dah siap dah..
   Korang nak tahu aper yang dah siap? Tungu Next post ok? haha..

Thursday, 24 February 2011

"Luahan Rasa Bakal Pengantin Perempuan"

Setelah beberapa bulan aku uruskan persiapan perkawinanku,
hari ni aku dapat menarik nafas lega..
kerana semua yang aku plan berjln lancar..
syukur allhamdulillah.
ku panjatkan sejuta kesyukuran kepadamu ya Allah.
Walaupun aku tahu wedding aku tak semeriah wedding pengantin2 lain..
tapi aku bersyukur gan aper tuhan rezekikan kepada ku..
kepada org sekelilingku,
aku kawin bukan untuk owg sekeliling,,,
aku kawen ikot sunnah rasullah.. aku mohon gan tuhan,
tak ada yang akan bercerita cacat-cela mahupon kekurangan
yang kelihatan semasa perkahwinanku nanti..